Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Cerita Di Kedai Kopi

I've fallen for handsome boy, clever boy, stupid boy, ugly boy, non-sense boy, cool boy......
Now I'm falling for a man.
Thursday, 27 October 2011

nukilan buat kaum Adam

Assalamualaikum w.t.b.
entry ini khas ditujukan buat kaum Adam..
firstly..
saya mohon maaf andai pernyataan saya menyinggung perasaan mana-mana pihak..
ini cuma pandangan saya..
kenapa kaum Adam ?
sebab sini saya mau ulas sikit pasal isu-isu yang famous di fb sekarang..
apa ?


Mak Cik : "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye.. ".

Mat : "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat "..

... ... ... Mak Cik : "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap ".

Mat : "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10ribu.. 12ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus dan pernah rebore.. TUihh!!.. Anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan ye!

biasa nampak post camni d fb ?
biasakan ?
okay..
may be yang tulis ni lelaki..
saya bukan melatah x tentu pasal..
tapi kamu rasa kamu layakkah buat statement macam ni ?
sejujurnya saya rasa sedikit terhina dengan kenyataan ini sebab saya perpempuan..
pernahkah kaum Adam fikir apa rasional ibu bapa letak duit hantaran ikut status pelajaran seseorang itu ?

baiklah..
siapa yang mengandungkannya ?
siapa yang membesarkannya ?
siapa yang membiayai hidupnya ?
siapa yang menjaganya ?
siapa yang mendidiknya ?

"nya" disini merujuk kepada wanita yang hendak dilamar..
cuba fikir..
kamu bandingkan seorang wanita itu dengan sebuah kereta yang boleh di "test"..
mana letaknya harga diri seorang perempuan bila kamu buat statement begitu ?
ya..
saya akui mungkin wanita solehah semakin berkurangan..
tapi wanita solehah masih tetap ada bukan ?
andai kamu rasa wang hantaran itu membebankan kamu..
maka ada baiknya berkahwinlah dengan orang yang tidak ada harga diri..
harga diri tidak boleh diukur dengan wang tunaikan ?

fikir logik..
baru diminta wang hantaran, sudah buat statement begitu..
macam mana ibu bapa si wanita itu yakin yang kamu boleh jaga anak dorang kan ?
mungkin wang bukan segala-galanya..
tapi cinta itu sendiri tidak boleh menjamin keharmonian rumah tangga..
mungkin statement di atas di katakan oleh seorang yang cetak ilmunya..
ini bukan istilah jual anak..
kaya atau tidak..
cuma keikhlasan untuk kamu sunting bunga orang..
melenting tak tentu pasal hanya kerana wang hantaran..

bagi kaum Adam yang merokok..
kalau sudah mula merokok dalam usia 19tahun..
kahwin masa umur 24 tahun..
lima tahun kamu jadi perokok..
sekotak rokok untuk satu hingga tiga hari..
nilai sekotak rokok lebih kurang RM8.50..
RM8.50 x 4 (contohnya untuk sebulan) = RM34.00
RM34.00 X 12 (untuk setahun) = RM408.00
kalau untuk 5 tahun ?
boleh kira sendiri..
duit itu kamu bakar begitu sahaja..
tapi kamu x kisah pun kan ?
cuba bayangkan..
andai bakal mentua kamu minta wang hantaran itu sebanyak RM15 000..
masa bercinta lautan api sanggup di renang..
ini bukan lautan api..
maka jauh lebih baik daripada api..
bila sudah kahwin secara sah..
wanita itu milik kamu..
dia yang menjaga makan minum kamu..
dia yang menjaga pakai kamu..
dia berikan kamu anak(jika ada rezeki)..
dia mendidik anak kamu..
dia memberi kasih sayang pada anak kamu..
jadi di mata kamu..
masih tinggikah nilai RM15 000 itu ?
jangan fikir nak kahwin jee..
fikir la juga hari-hari yang akan dilalui selama tempoh berkahwin..
jangan kerana RM15 000,
kita menghina wanita dengan membandingkan dengan sebuah kereta yang boleh di "test"..
kerana secara x langsung,
kita juga menghina ibu yang melahirkan kita dan saudara-saudara wanita kita yang lain..

::renungrenungkanlahwahaikaumAdamsekalian::

mohon maaf sekali lagi andai entry ini menyinggung perasaan mana-mana pihak..
sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T. yang buruk itu datang dari diri saya yang sememangnya hamba Allah yang kurang sempurna..

0 respond(s):

Post a Comment